378,002 kes di Arab Saudi

RIYADH 2 Mac – Selepas setahun kes pertama dikesan di negara ini pada 2 Mac 2020,, jumlah kes jangkitan kini meningkat kepada 378,002 berikutan tambahan 302 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak lima kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 6,505.

Kementerian juga merekodkan 286 kes pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah 368,926.

Riyadh terus merekodkan kes tertinggi dengan 136 kes diikuti daerah Timur dengan 78 kes dan Makkah 37.

Kes aktif pula sebanyak 2,571 kes di mana  486 kritikal..

Related posts

Leave a Comment