Lapan kes import di Singapura

SINGAPURA 2 Mac – Singapura melaporkan lapan kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang kesemuanya adalah kes import dan tidak bergejala.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 59,956 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) kes import itu melibatkan seorang pemegang pas pelajar yang tiba dari Bangladesh dan seorang pemegang pas kerja dari India.

Lima lagi adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia dan Filipina, dengan empat daripada mereka adalah pembantu rumah asing.

Satu lagi kes  melibatkan seorang pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Indonesia untuk mengunjungi saudara-mara yang merupakan warga Singapura.

Dalam kenyataannya, MoH berkata jumlah keseluruhan kes baharu dalam masyarakat meningkat dari dua kes pada minggu sebelumnya kepada tiga kes pada minggu lalu. Jumlah kes tanpa hubung kait dalam masyarakat juga meningkat dari satu kes pada minggu sebelumnya kepada dua kes pada minggu lalu.

Sebanyak 12 pesakit dibenarkan keluar hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah kes yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 seramai 59,842 orang.

Terdapat 19 kes yang masih dirawat di hospital.

Related posts

Leave a Comment