Indonesia terima tambahan 10 juta dos

JAKARTA 2 Mac – Indonesia menerima tambahan 10 juta dos vaksin Covid-19 dalam bentuk pukal dari Sinovac yang tiba di lapangan terbang Soekarno-Hatta hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 38 juta dos vaksin.

Sepuluh juta vaksin itu dibawa dalam enam envirotainer dengan dua unit truk ke Bio Farma di Bandung untuk diolah dan dikeluarkan oleh BUMN farmasi PT Bio Farma.

Indonesia berharap dapat melaksanakan vaksinasi yang menyasarkan 181..5 juta warga Indonesia.

Selain vaksin Covid-19 dari Sinovac, pemerintah juga telah memperoleh komitmen  dari perusahaan farmasi AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, serta Novavax.

Setakat ini, sebanyak 1,935,478 orang telah menerima suntikan termasuk 214,995 orang pada hari ini. Dari jumlah itu, sasaran vaksinasi bagi tenaga kesihatan adalah 1,468,764 orang.

Sementara itu, Indonesia merekodkan 8,942 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,160,863.

Kes sembuh tertinggi direkodkan di Jawa Barat iaitu 2,239 orang, Jakarta 2,068, nJawa Tengah 820, Kalimantan Timur 578 dan Jawa Timur 528 orang.

Kes positif pula bertambah 5,712 orang menjadikan jumlah kumulatif 1,347,026 kes di mana Jawa Barat menambah 1,654, Jawa Tengah 984, Jakarta 578, Jawa Timur 412 dan Kalimantan Timur 310.

Sebanyak 193 kematian dilaporkan hari ini yang membawa jumlah kumulatifnya 36,518 orang.

Kematian tertinggi direkodkan di Jawa Barat iaitu 49, Jakarta 43, Jawa Timur 32, Kalimantan Timur 12 dan Sulawesi Selatan 10

Related posts

Leave a Comment