SELANGOR mendahului jumlah kes jangkitan harian dengan angkanya naik kepada 672 kes berbanding 453 kes semalam.
Daripada jumlah ini, sebanyak 573 kes (85.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Johor sebanyak 163 kes (10.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 159 kes (10.2 peratus).
Kes positif 1,555 kes Covid-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Mac 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 672 kes
- 143 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Alam, Kluster Sementa 27, dan Kluster Jalan Mawar;
- 430 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 98 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Johor: 163 kes
- 89 kes daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cyber Satu dan Jalan DPB Enam;
- 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
- 29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Sarawak: 159 kes
- 54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 67 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 145 kes
- 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 71 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 41 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.