Kluster baharu 10, aktif 493

PUTRAJAYA 26 Feb. – Terdapat 10 kluster baharu dikenal pasti hari ini, yang melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja dan dua kluster melibatkan komuniti.

Ini menjadikan jumlah kluster setakat ini 1,121 tetapi 628 kluster telah tamat termasuk 16 hari ini, sementara kluster aktif pula 493.

Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Kompleks Segamaha, Kluster Tapak Bina Lebuh Puteri, Kluster Tapak Bina Flora, Kluster Taman Batik, Kluster Jalan Tengar, Kluster Jalan Slim, Kluster Kejaya, Kluster Ladang Sebrang.

Kluster Bukit Gelugor, Kluster Jalan Kota Burok, Kluster Keluli Tujuh, Kluster Kampung Tanah Merah, Kluster Jalan Empayar, Kluster Jalan Bistari Dua, Kluster Pulau Lima, dan Kluster Jalan Rusa Scientex.

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu hari ini adalah 91; dan

kluster yang mencatat kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Jalan Changkat Jong (474 kes), Kluster Simpang Tiga Muar (55 kes), dan Kluster Tembok Tapah (54 kes).

Berikut 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER BUKIT PUTRA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Bukit Rahman Putra Industrial Park, Sungai Buloh. Sehingga 26 Februari, sejumlah 357 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

2. KLUSTER TEKNOLOGI EMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja- pekerja sebuah kilang berhampiran Jalan Emas, Kuala Langat. Sehingga 26 Februari, sejumlah 87 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

3. KLUSTER JALAN JENJARUM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Jenjarum 28/39, Shah Alam. Sehingga 26 Februari, sejumlah 94 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

4. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN FREESIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja- pekerja sebuah tapak binaan di Persiaran Freesia, Kuala Langat. Sehingga 26 Februari, sejumlah 343 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

5. KLUSTER KAMPUNG COLUMBIA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Manjung di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271719) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes- kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Columbia, Ayer Tawar, Manjung. Sehingga 26 Februari, sejumlah 43 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

6. KLUSTER SIMPANG TIGA MUAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes- kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, Muar. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja di Simpang 3, Parit Jamil, Muar. Sehingga 26 Februari, sejumlah 377 individu disaring, di mana 55 kes dikesan positif.

7. KLUSTER JALAN MEGA SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Mega 1/5, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Nusajaya. Sehingga 26 Februari, sejumlah 23 individu disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif.

8. KLUSTER MEROTAI BESAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273272) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah premis perniagaan yang terletak di Jalan Tawau-Kalabakan, Merotai Besar, Tawau. Sehingga 26 Februari, sejumlah 79 individu disaring, di mana 26 kes dikesan positif.

9. KLUSTER GENTING TERANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-277285) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Februari 2021. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Genting, Balik Pulau. Sehingga 26 Februari, sejumlah 133 individu disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif.

10. KLUSTER KAMPUNG TELEKONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Krai dan Machang di Kelantan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-272034) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Telekong, Kuala Krai. Sehingga 26 Februari, sejumlah 108 individu disaring, di mana 29 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment