6 bulan lagi rentas sempadan?

PUTRAJAYA 26 Feb. – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan Malaysia mampu mencapai imuniti kelompok dalam tempoh enam hingga sembilan bulan, kata Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah

Beliau berkata , jika perkara itu berlaku, beberapa prosedur operasi standard (SOP) boleh dikaji semula termasuk membenarkan rentas sempadan.

“Kita jangkakan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan kita akan mendapat lebih banyak data. Kalau negara kita dan negara lain sudah mencapai imuniti kelompok, mungkin akan pertimbangkan (rentas sempadan), “ katanya.

Katanya, perbincangan akan dijalankan dari masa ke masa tetapi yang penting ialah kita perlukan bukti.

“Dalam tempoh enam hingga sembilan bulan kita gunakan dua strategi iaitu kesihatan dan yang vaksinasi. Jadi dua-dua stategi ini berjalan seiring hingga kita dapat komuniti kelompok iaitu 70 hingga 80 peratus penduduk divaksinasi.

“(Jika ia berjaya), mungkin merentas negeri dan sempadan boleh kita pertimbangkan,” katanya dalam Sesi Libat Urus Ketua Pengarah Kesihat Bersama Media Siri 4/2021: Perlaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara maya, hari ini.

Menurut beliau lagi, tahap imuniti kelompok akan dilihat kepada jumlah individu yang divaksinasi.

Selain itu, kajian pengawasan terhadap komuniti akan dijalankan untuk memastikan mereka memiliki antibodi atau sebaliknya..

Program imunisasi Covid-19 Kebangsaan, menyasarkan 70 hingga 80 peratus daripada penduduk untuk mencapai imuniti kelompok.

Related posts

Leave a Comment