PKPB Sarawak dilanjut 15 Mac

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak sehingga 15 Mac, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu kenyataan, Ismail Sabri berkata perkara itu diputuskan selepas penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati masih berlaku peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Sebanyak 2,623 kes direkodkan dalam tempoh 14 hari bermula 12 sehingga 25 Februari lalu.

PKPB Sarawak sepatutnya berakhir pada 1 Mac nanti.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di Sarawak bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment