45 kes baharu di Thailand

BANGKOK 26 Feb. – Thailand merekodkan 45 kes jangkitan baharu Covid-19 yang melibatkan 37 kes jangkitan tempatan dan lapan kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 25,809 kes.

Sebanyak 32 kes disahkan di hospital dan lima melalui pengesanan aktif dalam masyarakat.

Wilayah Samut Sakhon merekodkan 19 kes baharu di mana 14 disahkan di hospital yang melibatkan lapan warga Thai dan enam Myanmar) manakala lima kes warga Myanmar dikesan dalam masyarakat.

Bangkok pula merekodkan tiga kes baharu iaitu dua warga Thaindan seorang Perancis.

Kes lain dikesan di Nakhon Nayok (5 Thai), Chai Nat (3 Thai), Nakhon Pathom (3 Thai), Saraburi (2 Thai), Prachuap Khiri Khan (1 Denmark) dan Samut Prakan (1 Thai).

Lapan kes import yang dikuarantin pula adalah ketibaan dari Jerman, Pakistan, Bangladesh, United Kingdom, Perancis  (2), Kuwait dan Netherlands.

Daripada 25,809 kes, sebanyak 24,952 (96.6%) dilaporkan pulih termasuk 218 yang pulih dalam tempoh 24 jam lalu manakala 774 masih dirawat di hospital.

Related posts

Leave a Comment