Disuntik selepas solat Jumaat

PUTRAJAYA 26 Feb. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerima suntikan vaksin dos pertama Pfizer-BioNTech Covid-19 selepas solat Jumaat petang ini.

Beliau menerima suntikan itu bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Presint 11 WP Putrajaya.

Dalam catatan Facebooknya, beliau menyeru rakyat Malaysia yang belum mendaftar untuk berbuat demikian melalui aplikasi MySejahtera serta mematuhi semua SOP yang ditetapkan untuk bersama-sama melandaikan lekuk dan memutuskan rantaian Covid-19.

“Vaksinasi adalah selamat dan pastinya halal, insya-Allah. Semoga Allah SWT melindungi dan menyelamatkan Malaysia daripada pandemik Covid-19,” katanya.

Sebelum itu, beliau menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Putra yang turut menyentuh mengenai program vaksinasi Covid-19.

Related posts

Leave a Comment