Kes di Arab Saudi cecah 353

RIYADH 24 Feb. – Kes jangkitan baharu Covid-19 di Arab Saudi kini mencecah angka 350 apabila merekodkan 353 kes selepas hampir dua minggu bertahan antara 300 hingga 350 kes jangkitan harian. Menurut fakta Kementerian Kesihatan sebelum ini, angka 353 pernah dicatatkan pada 12 Februari lalu dan kemudiannya turun kepada 337 seterusnya kurang daripada jumlah itu dengan catatan tertinggi 335 semalam. Setakat ini jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 376,021 manakala kematian pula meningkat kepada 6,475 termasuk lima lagi pesakit yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas. Kementerian juga mengumumkan 280…

Read More

Jumlah kes di Filipina 566,420

MANILA 24 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 1,557 kes tambahan Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 566,420 kes. Setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang meninggal dunia adalah 22 orang yang membawa kepada jumlah kumulatif 12,129 kematian manakala 30,970 adalah kes aktif. Kes sembuh pula meningkat kepada 523,321 orang atau 92.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes apabila 392 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Read More

Indonesia tambah 7,533 kes baharu

JAKARTA 24 Feb. – Indonesia menambah 7,533 kes baharu positif Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,306,141 kes. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula bertambah sebanyak 240 kes dan kumulatifnya mencapai 35,254 kes atau 2.7 peratus daripada jumlah kes. Angka kes sembuh pula mencecah 1,112,725 kes atau 85.2 peratus termasuk kes sembuh hari ini sebanyak 7,735. Lima wilayah menambah kes sembuh harian tertinggi di mana Jakarta merekodkan 2,443 orang, diikuti Jawa Barat 1,379, Jawa Tengah 569, Jawa Timur 548 dan Kalimantan Timur 541 orang. Jawa Barat menambah 2,191…

Read More

93 kes baharu di Thailand

BANGKOK 24 Feb. – Thailand mengumumkan 93 kes baharu Covid-19 yang meliputi 71 jangkitan tempatan dan 22 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 25,692 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 59 kes dikesan di hospital manakala 12 lagi dalam komuniti. Wilayah Samut Sakhon melaporkan 56 kes di mana 51 disahkan di hospitals melibatkan 37 warga Thai, 13 Myanmar dan seorang Lao manakala lima lagi kes warga Thai dikesan dalam masyarakat. Sementara itu Pathum Thani merekodkan tujuh kes, Ayutthaya lima kes, Bangkok dua kes, Nonthaburi satu kes. Kes import pula…

Read More

Tujuh kes baharu di Singapura

SINGAPURA 24 Feb. – Tujuh kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini termasuk satu kes tempatan yang melibatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja dengan seorang kru kabin Singapore Airlines dan suaminya yang sebelum ini diuji positif. Menurut Kementerian Kesihatan, wanita berusia 35 tahun itu dikenal pasti sebagai kontak rapat kru kabin SIA itu dan dikuarantin pada 9 Februari. Keputusan ujian swab dan serologi yang diambil pada hari yang sama adalah negatif. Dia mengalami batuk pada 20 Februari semasa menjalani kuarantin, namun tidak melaporkannya. Beliau diuji sekali lagi pada 22…

Read More

Lapan kluster baharu, 8 tamat

PUTRAJAYA 24 Feb. – Lapan kluster baharu dan lapan kluster tamat direkodkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kluster meningkat kepada 1,103 manakala 594 kluster tamat. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Rasah, Kluster Kampung Bombalai, Kluster Kampung Paya Siput, Kluster Guntong Luar, Kluster Kota Muhibbah, Kluster Tapak Bina Cyber, Kluster Tapak Bina Pelangi, dan Kluster Jalan Mutiara. Jumlah kluster aktif pula 509 kluster di mana 78 kluster menunjukkan pertambahan kes termasuk Kluster Industri Sungai Gadut (1,338 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Segambut (174 kes), dan Kluster Jalan…

Read More

Negeri Sembilan catat 1,392

SELANGOR menunjukkan penurunan dengan merekodkan 581 kes baharu ketika jiran selatannya,  Negeri Sembilan mencatatkan 1,392 kes. Ini diikuti Kuala Lumpur 381 kes, Sarawak 353 dan Johor 318 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Industri Sungai Gadut melaporkan sebanyak 1,338 kes pada hari ini. Kluster ini melibatkan sebuah kilang pembuatan produk kayu yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut KM 11, Seremban. Jumlah kes dalam kluster sehingga 24 Februari 2021 adalah 1,432 kes melibatkan 318 warganegara dan 1,114 bukan warganegara. Kluster ini telah dikenal pasti pada 22 Februari…

Read More

3,331 sembuh 3,545 kes baharu

PUTRAJAYA 24 Feb. – Selepas dua hari angka jangkitan tidak mencecah 3,000 kes, hari ini jumlah kes baharu meningkat kepada 3,545 berbanding semalam 2,468 dan sebelumnya 2,169. Satu kes import dilaporkan sementara satu kluster di Negeri Sembilan menjadi penyumbang besar iaitu sebanyak 1,338 kes. Jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 291,774 manakala 12 kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meninggal dunia sebanyak 1,088 orang Sebanyak 29 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (14 kes), Kluster Tembok Pengkalan…

Read More

Dewan Rakyat boleh bersidang

KUALA LUMPUR 24 Feb. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri. Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkara ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri. Katanya, Al-Sultan Abdullah bertitah tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan…

Read More

4 petugas antara penerima awal

PUTRAJAYA 24 Feb. – Empat petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan menjadi antara penerima awal vaksin Covid-19 bersama-sama dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Mereka ialah Clement A/L Marai Francis, seorang pemandu di Pejabat kesihatan Putrajaya, Khairul Asraf Mohd Yasin, Penolong Pegawai Perubatan di PKD Putrajaya, Dr Tan Yee Ling, Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Presint 9 dan Sheilla Mellisa Sikin, Jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9.. Bermula hari ini, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bermula secara rasminya di seluruh negara.  Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)…

Read More