327 kes jangkitan di Arab Saudi

RIYADH 23 Feb. – Arab Saudi mencatatkan 327 kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas yang menjadikan jumlah kumulatif 375,333 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), lima lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 yang membawa kepada 6,466 kematian. Kes pesakit  sembuh pula meningkat kepada 366,412 orang termasuk 318 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini. Sementara itu Riyadh terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 174 kes diikuti daerah timur 69 kes dan daerah Makkah 31 kes. Bagi kes aktif pula, terdapat sedikit penurunan iaitu 2,455 kes di mana 497 kritikal.

Read More

Hanya empat kes di Singapura

SINGAPURA 22 Feb. – Hanya empat kes baharu Covid-19 direkodkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 59,883 kes. Menurut Kementerian Kesihatan ( MoH), satu kes melibatkan seorang penghuni asrama manakala tiga lagi kes import. Kes penghuni asrama adalah seorang pekerja Bangladesh berusia 35 tahun yang menetap di sekitar Kranji Way dan kes ini tiada kaitan dengan kes lain sebelum ini. Tugas pekerja ini memerlukannya mengangkat barangan dan mengirimkannya ke tempat yang diperlukan tanpa perlu berinteraksi dengan pelanggan. Beliau dikesan menghidap koronavirus apabila hasil ujian terkumpul Covid-19 yang dijalani pada…

Read More

9,775 kes baharu, 7,996 sembuh

JAKARTA 23 Feb. – Indonesia merekodkan 9,775 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas yang menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,298,608 kes. Jumlah itu adalah hasil pemeriksaan 65.431 spesimen dalam tempoh 24 jam terakhir yang juga menunjukkan kes itu meliputi 34 wilayah di Indonesia. Lima wilayah yang merekodkan kes positif tertinggi adalah Jawa Barat 4,334 kes, Jawa Tengah 827, Jakarta 782, Jawa Timur 546 dan Sulawesi Selatan 506. Bagi tempoh yang sama sebanyak 323 pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 35,014 orang. Sementara kes…

Read More

Thailand catat 93 tempatan, 2 import

BANGKOK 23 Feb. – Thailand hari ini merekodkan 95 kes baharu Covid-19 iaitu 93 kes tempatan dan dua import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 25,599. Menurut laporan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada jumlah itu, 52 kes tempatan disahkan di hospital manakala 41 lagi dikesan dalam komuniti. Wilayah Samut Sakhon terus mencatatkan kes yang tinggi dengan 54 kes baharu, di mana 40 dikesan melalui hospital melibatkan 26 warga Thai dan 14 Myanmar manakala 14 lagi ks dalam komuniti melibatkan 12 warga Myanmar dan dua Thai. Bangkok dan Ang Thong…

Read More

1,414 kes baharu di Filipina

MANILA 23 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 1,414 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 564, 865. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 16 kematian dilaporkan yang membawa kepada 12,107 pesakit meninggal dunia akibat Covid-19. Kes sembuh pula meningkat kepada 522,941 orang atau 92.6 peratus termasuk 72 pesakit yang pulih hari ini. Kes aktif pula sebanyak 29,817 kes.

Read More

Lagi 13 kluster baharu dikesan

PUTRAJAYA 23 Feb. – Sebanyak 13 kluster baharu melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan dua melibatkan komuniti dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,095 kluster. Bagaimanapun 586 kluster termasuk lapan kluster tamat hari ini iaitu Kluster Taman Kesedar, Kluster Jalan Manan, Kluster Bah Sayap, Kluster Dialisis Malim, Kluster Kampung Bukit Putera, Kluster Bersepadu, Kluster Kilang Setapak, dan Kluster Jalan Canang Emas. Jumlah kluster aktif pula 509 kluster di mana 90 kluster mencatatkan pertambahan kes hari ini termasuk yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Digital Lapan (131 kes),…

Read More

Selangor kekal kes tertinggi

SELANGOR mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 932 kes, diikuti Johor (428 ), Perak (308), Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing-masing 155, Sarawak (133) dan Negeri Sembilan (100).  Selangor: 932 kes  172 kes daripada kluster-kluster, termasuk 37 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Damai, Kluster Subang Tiga, dan Kluster Jalan Serendah; 407 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Dua (2) kes import dari luar negara; dan 351 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Johor: 428 kes 192 kes daripada kluster-kluster, termasuk  148 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu…

Read More

Kes aktif 30,475, kematian 14

PUTRAJAYA 23 Feb. – Malaysia merekodkan sebanyak 2,468 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 288,229 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini ialah sebanyak 30,475 kes. Selain itu, terdapat pertambahan sebanyak 14 kes kematian baharu menjadikan jumlah kes kematian secara keseluruhannya kini 1,076 kes. Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 4,055 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 256,678 kes. Setakat ini, 196 pesakit sedang menerima…

Read More

Maksud rentas sempadan daerah

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Bagi menjawab kekeliruan, orang ramai dimaklumkan bahawa larangan rentas sempadan dalam semua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merujuk kepada daerah yang diketuai pegawai daerah, bukan sempadan pentabiran Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, berkata terdapat aduan orang awam dikenakan kompaun kerana rentas sempadan PDRM sedangkan pihak berkuasa tidak pernah mengguna sempadan daerah polis, sebaliknya mengguna daerah di bawah pentadbiran pegawai daerah. “Apabila kita sebutkan pergerakan dalam daerah dibenarkan tapi rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan… timbul kekeliruan mengenai rentas daerah. Ada dua…

Read More

Menteri, mufti Singapura dapat dos kedua

MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli melengkapkan dos kedua vaksin Covid-19 di Polikinik Tampines hari ini,  23 Februari. Beliau hadir bersama Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Esa Masood Dalam satu catatan Facebook pada Selasa, Masagos berkongsi cerita mengenai warga emas Tampines, iaitu Kamisah, Anwar dan Adnan yang  ke sana untuk dapatkan suntikan pertama. Katanya, selepas diperiksa doktor, malangnya Adnan tidak dapat disuntik ekoran kesihatannya. Doktor menasihatkannya untuk tunda ke lain masa. “Begitu teliti…

Read More