Maksud rentas sempadan daerah

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Bagi menjawab kekeliruan, orang ramai dimaklumkan bahawa larangan rentas sempadan dalam semua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merujuk kepada daerah yang diketuai pegawai daerah, bukan sempadan pentabiran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob, berkata terdapat aduan orang awam dikenakan kompaun kerana rentas sempadan PDRM sedangkan pihak berkuasa tidak pernah mengguna sempadan daerah polis, sebaliknya mengguna daerah di bawah pentadbiran pegawai daerah.

“Apabila kita sebutkan pergerakan dalam daerah dibenarkan tapi rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan… timbul kekeliruan mengenai rentas daerah. Ada dua sempadan daerah iaitu sempadan pentadbiran diketuai pegawai daerah dan satu lagi daerah polis,” katanya.

Mengenai individu yang telah dikompaun disebabkan kekeliruan itu, mereka boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah.

“Perkara ini telah diperbetulkan, apabila saya sendiri memaklumkan kepada PDRM, daerah yang digunakan adalah daerah pentadbiran kerajaan iaitu diketuai pegawai daerah.

“Saya ingin memaklumkan bagi mereka yang dikenakan kompaun kes-kes begini, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada Pejabat Kesihatan Daerah mengikut daerah kompaun tersebut dikeluarkan,” katanya lagi.

Related posts

Leave a Comment