1,414 kes baharu di Filipina

MANILA 23 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 1,414 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 564, 865.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 16 kematian dilaporkan yang membawa kepada 12,107 pesakit meninggal dunia akibat Covid-19.

Kes sembuh pula meningkat kepada 522,941 orang atau 92.6 peratus termasuk 72 pesakit yang pulih hari ini.

Kes aktif pula sebanyak 29,817 kes.

Related posts

Leave a Comment