Selangor kekal kes tertinggi

SELANGOR mencatatkan kes harian tertinggi dengan pertambahan sebanyak 932 kes, diikuti Johor (428 ), Perak (308), Kuala Lumpur dan Pulau Pinang masing-masing 155, Sarawak (133) dan Negeri Sembilan (100). 

  • Selangor: 932 kes 
    • 172 kes daripada kluster-kluster, termasuk 37 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Damai, Kluster Subang Tiga, dan Kluster Jalan Serendah;
    • 407 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 351 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 428 kes
    • 192 kes daripada kluster-kluster, termasuk  148 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Digital Lapan, Kluster Jalan Wawasan 16, Kluster Jalan Cyber Sembilan, dan Kluster Jalan Tebrau Pandan;
    • 145 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 91 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Perak: 308 kes
    • 296 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 155 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster, termasuk 54 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Setiawangsa dan Kluster Jalan Bayam;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 155 kes
    • 77 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment