Lagi 13 kluster baharu dikesan

PUTRAJAYA 23 Feb. – Sebanyak 13 kluster baharu melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan dua melibatkan komuniti dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,095 kluster.

Bagaimanapun 586 kluster termasuk lapan kluster tamat hari ini iaitu Kluster Taman Kesedar, Kluster Jalan Manan, Kluster Bah Sayap, Kluster Dialisis Malim, Kluster Kampung Bukit Putera, Kluster Bersepadu, Kluster Kilang Setapak, dan Kluster Jalan Canang Emas.

Jumlah kluster aktif pula 509 kluster di mana 90 kluster mencatatkan pertambahan kes hari ini termasuk yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Digital Lapan (131 kes), Kluster Tembok Bendera (107 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (95 kes).

Berikut 13 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, iaitu…

  • KLUSTER JALAN DAMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Damai, Kampung Batu Belah, Klang. Sehingga 23 Februari, sejumlah 95 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUBANG TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Subang 3, Subang Jaya Industrial Estate, Petaling. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SERENDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Sepang, Klang, dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 19 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Serendah, HICOM Industrial Estate, Shah Alam. Sehingga 23 Februari , sejumlah 1,000 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA DIGITAL LAPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Digital 8, Taman Perindustrian Kulai. Sehingga 23 Februari, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana 133 kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN CYBER SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 9, Taman Perindustrian Senai IV, Kulai. Sehingga 23 Februari, sejumlah 199 individu disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TEBRAU PANDAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273897) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Tebrau Pandan, Johor Bahru. Sehingga 23 Februari, sejumlah 112 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN WAWASAN 16

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273890) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 16, Kawasan Perindustrian Sri Gading 2, Batu Pahat. Sehingga 23 Februari, sejumlah 138 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SETIAWANGSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Taman Setiawangsa, Titiwangsa. Sehingga 23 Februari, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 51 kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BAYAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Bayam, Cheras. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 128 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MUHIBBAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-274498) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung di Jalan Muhibbah, Betong. Sehingga 23 Februari, sejumlah 110 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN EKAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Ekar 1/3, Kampung Rantau, Seremban. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 170 individu disaring, di mana 50 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAMAN MAWAR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-286694) dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung di Taman Mawar, Sandakan. Sehingga 23 Februari, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PKNK 3/3

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan PKNK 3/3, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 23 Februari, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 40 kes telah dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment