Thailand catat 93 tempatan, 2 import

BANGKOK 23 Feb. – Thailand hari ini merekodkan 95 kes baharu Covid-19 iaitu 93 kes tempatan dan dua import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 25,599.

Menurut laporan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada jumlah itu, 52 kes tempatan disahkan di hospital manakala 41 lagi dikesan dalam komuniti.

Wilayah Samut Sakhon terus mencatatkan kes yang tinggi dengan 54 kes baharu, di mana 40 dikesan melalui hospital melibatkan 26 warga Thai dan 14 Myanmar manakala 14 lagi ks dalam komuniti melibatkan 12 warga Myanmar dan dua Thai.

Bangkok dan Ang Thong merekodkan dua kes baharu, Pathum Thani  28 kes. Nonthaburi tiga kes, dua kes di Tak dan masing-masing satu kes di Nakhon Pathom dan Ayutthaya.

Dua kes import pula melibatkan ketibaan dari Unitedly Kingdom, seorang pekerja sebuah syarikat British berusia 51 tahun dan seorang pelajar Thai berusia 16 tahun.

Daripada 25,599 kes, sebanyak 24,446 atau 95.5% dilaporkan sembuh termasuk 85 yang dibenarkan keluar hospital dalam tempoh 24 jam lalu.

Sebanyak 1,070 lagi masih di hospital manakala jumlah kematian kekal 83.

Related posts

Leave a Comment