327 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 22 Feb. – Arab Saudi merekodkan 327 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini 375,333. Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, lima lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif 6,466 kematian. Pada masa yang sama, kes pesakit sembuh meningkat kepada 366,412 orang termasuk 318 kes sembuh yang dilaporkan hari ini. Riyadh terus mencatatkan kes tertinggi dengan 174 kes diikuti daerah Timur sebanyak 69 dan daerah Makkah 31 jangkitan. Kes aktif pula sebanyak 2,455 dengan…

Read More

Positif 10,180 sembuh 9,918

JAKARTA  22 Feb. – Kes pesakit sembuh Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila 9,918 lagi kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatifnya melebihi satu juta orang iaitu 1,096,994. Bagaimanapun jumlah kes positif Covid-19 melebihi kes sembuh dengan catatan 10,180 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,288,833 dengan kes aktif 157,148. Kes pesakit meninggal dunia pula bertambah 202 kes dan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 34,691 kes atau 2.7 peratus daripada jumlah kes positif. Terdapat lima wilayah yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 2,832, Jakarta 2,305, Jawa Tengah 1,125, Jawa…

Read More

89 kes baharu di Thailand

BANGKOK 22 Feb. – Thailand merekodkan 89 kes baharu Covid-19 hari ini yang melibatkan 73 kes jangkitan tempatan dan 16 import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 25,504. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kematian kekal 83 selepas tiada kes baharu pesakit yang meninggal dunia. Samut Sakhon terus merekodkan kes jangkitan baharu di mana 31 dikesan di hospital manakala dua melalui pengesanan secara aktif sementara tiada kes baharu direkodkan di Bangkok manakala Tak 13 dan Pathum Thani 18 kes. Sebanyak 16 kes import pula melibatkan tujuh warga Thailand yang pulang…

Read More

Kes harian Filipina 2,288

MANILA 22 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,288 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 563,456 kes. Setakat pukul 4 petang ini, enam lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 12,094 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 522,874 orang atau 92.8 peratus daripada jumlah kes termasuk 33 kes sembuh hari ini. Kes aktif pula 28,488 orang. Sementara itu Filipina meluluskan vaksin Sinovac Biotech Covid-19 untuk penggunaan kecemasan, tetapi bukan untuk 1.4 juta petugas khidmat kesihatan yang berisiko terdedah kepada virus itu disebabkan tahap keberkesanan vaksin yang berbeza-beza. Menurut Agensi…

Read More

Program vaksinasi Australia bermula

AUSTRALIA: Sekurang-kurangnya 60,000 orang dijangka disuntik Vaksin Covid-19 minggu ini berikutan program suntikan vaksin secara besar-besaran di Australia bermula hari ini, 22 Februari Kumpulan pertama 700,000 orang yang akan diberi suntikan vaksin Pfizer BioNTech itu terdiri daripada pekerja barisan hadapan dalam sektor kesihatan, pengawal sempadan serta pekerja dan penghuni rumah-rumah tumpangan. Semalam, sekumpulan 20 orang diberi suntikan tersebut termasuk Perdana Menteri Scott Morrison. Suntikan tidak diwajibkan dan diberi secara percuma. Pihak berkuasa berharap dapat menyuntik semua orang yang mahu menjelang bulan Oktober ini. Ketua pegawai perubatan Australia berkata kira-kira 20…

Read More

Lapan kluster baharu, 14 tamat

PUTRAJAYA 22 Feb. – Lapan kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,082 manakala jumlah kluster tamat meningkat kepada 578 berikutan 14 lagi kluster tamat hari ini. Kluster aktif pula 504 termasuk lapan kluster yang direkodkan hari ini yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti. Empat belas kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Parit Jamil, Kluster Manik, Kluster Batu Lapan, Kluster Paloh Tumpat, Kluster Pondok Hidayah, Kluster Sungai Chemubong, Kluster Jalan TJ, Kluster Stutong, Kluster Sungai Ibor, Kluster Industri Apas, Kluster Jalan KKIP Selatan,…

Read More

Selangor kembali mendahului

SELANGOR kembali mendahului kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 910 kes (41.5 peratus) selepas Perak yang tertinggi semalam berada di kedudukan kelima dengna 148 kes. Daripada jumlah ini kes di Selangor itu, sebanyak 742 kes (81.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 303 kes (13.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 221 kes (10.1 peratus). Selangor: 910 kes  415 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Kota, Tapak…

Read More

2,192 kes baharu, 6 kematian

PUTRAJAYA 22 Feb. – Sebanyak 2,192 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan tiga daripadanya merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 285,761 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit  sembuh  juga menunjukkan peningkatan dengan 3,414 kes dilaporkan sekali gus menjadikan angka kumulatif kes sembuh kini 252,623. Sebanyak 109 kes (5.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (39 kes), Kluster Tembok Bendera…

Read More

120 cuba rentas negeri/daerah

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Seramai 509 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 466 dikompaun, 39 direman dengan empat daripadanya dijamin. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan yang direkodkan ialah rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (120), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (111), tiada penjarakan fizikal (95) dan aktiviti perjudian (54). Sebanyak 49 kes tidak memakai pelitup muka, manakala aktiviti pusat hiburan (37), keluar rumah tanpa alasan munasabah (11), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (8) dan lain-lain (24). Sementara itu , seramai 10,288 warga asing…

Read More