Saudi catat 337 kes, 4 kematian

RIYADH 20 Feb. – Arab Saudi merekodkan 337 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 374,366 Menurut Kementerian Kesihatan, empat lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 6,454 Kementerian juga merekodkan 346 kes pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 365,363. Riyadh merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 163 kes diikuti daerah Timur 70 dan Makkah 48.

Read More

14 kes baharu, import Singapura

SINGAPURA 19 Feb. – Singapura melaporkan 14 kes baharu Covid-19 sehingga tengah hari Ini yang kesemuanya kes import dan dikenakan notis jangan keluar rumah atau diasingkan sebaik mereka tiba di sini. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes-kes baharu itu termasuk seorang penduduk tetap yang pulang dari Indonesia dan tiga pemegang pas tanggungan yang tiba dari India dan Indonesia. Empat kes lain adalah pemegang pas kerja dari India, Nepal dan Emiriyah Arab Bersatu . Kes-kes baharu itu juga termasuk tiga pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia dan Malaysia, termasuk seorang pembantu…

Read More

Kematian pertama doktor di Thailand

BANGKOK 19 Feb. – Seorang doktor sebuah klinik di wilayah Maha Sarakham yang merawat pesakit Covid-19 dan kemudiannya dijangkiti virus itu meninggal dunia awal pagi semalam. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), doktor berusia 66 tahun itu merawat tiga pesakit di kliniknya sebelum mereka disahkan dijangkiti Covid-19, yang berkaitan dengan jamuan makan di wilayah timur laut. Dia dipercayai dijangkiti antara 13 dan 28 Januari dan pada 29 Januari, doktor yang menghidap barah prostat itu mengetahui bahawa pesakitnya positif Covid-19. Dia segera menjalani ujian Covid-19, yang menunjukkan negatif. Pada 31 Januari…

Read More

10,614 kes harian di Indonesia

JAKARTA 19 Feb. – Indonesia merekodkan 10,614 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari 18 Feb hingga 12 tengah hari ini) yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,263,299. Lima daerah yang menambah kes baharu tertinggi adalah Jawa Barat 3,847 kes,  Jakarta 1,920, Jawa Tengah 1,206, Kalimantan Timur 718 dan Jawa Timur 572. Sebanyak 183 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 34,152 kematian. Sementara itu kes sembuh yang direkodkan dalam tempoh 24 jam adalah 10,783 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1.069,005 kematian manakala kes aktif…

Read More

Filipina catat 1,901 kes baharu

MANILA 19 Feb. – Filipina terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan harian baharu dengan merekodkan 1,901 kes baharu Covid-19 hari ini, berbanding 1,744 semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 557,05 manakala kes aktif 32,440. Jabatan Kesihatan setakat pukul 4 petang ini juga, merekodkan sebanyak 157 meninggal dunia, juga satu pertambahan kes berbanding 96 kematian semalam. Kes sembuh meningkat kepada 512,789 atau 92.1 peratus termasuk 537 pesakit yang sembuh hari ini.

Read More

511 kluster aktif, 13 baharu

PUTRAJAYA 19 Feb. – Sebanyak 13 kluster baharu dilaporkan hari ini yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. Ini menjadikan 1,058 kluster direkodkan setakat ini manakala 511 aktif. Sebanyak 547 kluster tamat termasuk lapan hari ini iaitu Kluster Halban, Kluster Tombovo, Kluster Kauran, Kluster Kubang Bujuk, Kluster Tapak Bina Jalan Yap, Kluster Jalan Perwira, Kluster Jalan Indah Gemilang, dan Kluster Tembok Nanas. Sebanyak 109 kluster menambah kes baharu termasuk Kluster Jalan Murni 12 (339 kes), Kluster Jalan Perindustrian Pelepas (179…

Read More

Selangor turun tetapi mendahului

SELANGOR masih mendahului kes jangkitan harian walaupun jumlahnya turun kepada 978 kes berbanding 1,013 semalam. Ini disusuli Johor yang merekodkan 730 kes, juga menunjukkan peningkatan berbanding 426 kes dan Kuala Lumpur  227 berbanding 212 semalam. Selangor: 978 kes  256 kes daripada kluster-kluster; termasuk 31 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kompleks Perabut dan Kluster Jalan Sementa; 466 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu (1) kes import dari luar negara; dan 255 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Johor: 730 kes 558 kes daripada kluster-kluster, termasuk 358 kes daripada…

Read More

2,936 kes baharu, 4,889 sembuh

PUTRAJAYA 19 Feb. – Sebanyak 2,936 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 277,811 setakat ini, selain 13 lagi kematian dilaporkan akibat pandemik itu dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh harian  mencatatkan jumlah lebih tinggi berbanding kes positif harian iaitu 4,889 kes menjadikan jumlah sembuh keseluruhan hingga kini sebanyak 239,971 kes. Katanya kes aktif pula setakat ini ialah sebanyak 36,797 kes. Daripada jumlah kes baharu harian itu,  17 merupakan kes import melibatkan empat warganegara dan 13 warga asing. Sebanyak 112 kes (3.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen…

Read More

Sekolah bersemuka 1 Mac

PUTRAJAYA 19 Feb. – Sesi persekolahan secara bersemuka yang ditangguhkan sebelum ini susulan peningkatan kes Covid-19 akan bermula pada 1 Mac ini melibatkan murid prasekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua. Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata untuk Tahun Tiga hingga Enam sesi akan bermula pada 8 Mac.  Pelajar sekolah menengah di negeri Kumpulan A akan hadir ke sekolah pada 4 April manakala pelajar sekolah menengah di negeri Kumpulan B pada 5 April, iaitu selepas tamat sesi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020. Beliau berkata keputusan membenarkan pelajar sekolah rendah untuk mengikuti sesi persekolahan lebih awal adalah…

Read More

Sabah benarkan aktiviti masjid, surau

KOTA KINABALU 19 Feb. – Semua masjid dan surau di Sabah dibuka untuk solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat bermula hari ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini. Menurut pekeliling Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah kebenaran itu tertakluk kepada satu pertiga kapasiti dewan solat utama masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal. Solat jenazah juga dibenarkan mengikut keluasan dewan solat utama masjid dan surau Aktiviti lain di masjid dan surau seperti kuliah Maghrib serta solat sunat dhuha juga dibenarkan tetapi tidak melebihi satu jam pada setiap sesi.…

Read More