2,936 kes baharu, 4,889 sembuh

PUTRAJAYA 19 Feb. – Sebanyak 2,936 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 277,811 setakat ini, selain 13 lagi kematian dilaporkan akibat pandemik itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh harian  mencatatkan jumlah lebih tinggi berbanding kes positif harian iaitu 4,889 kes menjadikan jumlah sembuh keseluruhan hingga kini sebanyak 239,971 kes.

Katanya kes aktif pula setakat ini ialah sebanyak 36,797 kes.

Daripada jumlah kes baharu harian itu,  17 merupakan kes import melibatkan empat warganegara dan 13 warga asing.

Sebanyak 112 kes (3.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (64 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (17 kes), Kluster Tembok Bendera (14 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes).

Mengenai 13 kematian yang dilaporkan hari ini, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata,  enam kes di Kuala Lumpur, Selangor (3), Sarawak (2) serta masing-masing satu kes di Melaka dan Johor, dengan lingkungan umur 53 hingga 84 tahun.

Setakat ini, sebanyak 220 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 104 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment