511 kluster aktif, 13 baharu

PUTRAJAYA 19 Feb. – Sebanyak 13 kluster baharu dilaporkan hari ini yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Ini menjadikan 1,058 kluster direkodkan setakat ini manakala 511 aktif.

Sebanyak 547 kluster tamat termasuk lapan hari ini iaitu Kluster Halban, Kluster Tombovo, Kluster Kauran, Kluster Kubang Bujuk, Kluster Tapak Bina Jalan Yap, Kluster Jalan Perwira, Kluster Jalan Indah Gemilang, dan Kluster Tembok Nanas.

Sebanyak 109 kluster menambah kes baharu termasuk Kluster Jalan Murni 12 (339 kes), Kluster Jalan Perindustrian Pelepas (179 kes), dan Kluster Industri Tekstil Nilai (113 kes).

Berikut 13 kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini

  • KLUSTER KOMPLEKS PERABUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah kilang yang terletak di Kompleks Perabut, Kampung Olak Lempit, Banting. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 287 individu disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif .

  • KLUSTER JALAN SEMENTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 17 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah kilang yang terletak di Jalan Sementa, Seksyen 27, Shah Alam. Sehingga 19 Februari , sejumlah 115 individu disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MURNI 12

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah kilang di Jalan Murni 12, Taman Perindustrian Murni, Senai. Sehingga 19 Februari, 3,584 individu disaring, di mana 339 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KOTA MURNI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja  sebuah syarikat perkhidmatan yang tinggal di Jalan Kota Murni, Taman Industri Kota Murni, Batu Pahat. Sehingga 19 Februari, sejumlah 27 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN INDAH UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru, dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-265634) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat penginapan di Jalan Indah Utama, Bandar Putra, Kulai. Sehingga 19 Februari, 38 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TUN MUTAHIR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-268611) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Tun Mutahir, Kawasan Perindustrian Bandar Tenggara, Kota Tinggi. Sehingga 19 Februari , 124 individu disaring, di mana tujuh kes  dikesan positif.

  • KLUSTER PARIT HAJI KHAMIS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247494) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Parit Haji Khamis, Mukim Simpang Kanan, Batu Pahat. Sehingga 19 Februari, 54 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER KEJATAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-277455) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Kejatau, Sri Aman. Sehingga 19 Februari, sejumlah 92 individu p disaring, di mana tujuh kes telah dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN GREEN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-271923 dan kes ke-271924) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan tahanan. Kluster ini melibatkan sebuah perhimpunan yang berlaku di Jalan Green, Kuching. Sehingga 19 Februari, sejumlah 148 individu disaring, di mana enam kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KUCHAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kuchai Lama, Lembah pantai. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 365 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SINGGAHMATA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-259730) dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perkhidmatan  di Jalan Singgahmata, Lahad Datu. Sehingga 19 Februari, sejumlah 77 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BUKIT PETITI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuala Terengganu, Marang, dan Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-269157) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan ahli keluarga dan kontak rapat kepada kes indeks yang menetap di Kampung Bukit Petiti, Manir, Kuala Terengganu. Sehingga 19 Februari, sejumlah 40 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KUBANG JAMBU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, dan Marang di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-266437) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Kampung Bukit Kubang Jambu, Kuala Terengganu. Sehingga 19 Februari 2021, sejumlah 69 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment