Filipina catat 1,901 kes baharu

MANILA 19 Feb. – Filipina terus mencatatkan peningkatan kes jangkitan harian baharu dengan merekodkan 1,901 kes baharu Covid-19 hari ini, berbanding 1,744 semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 557,05 manakala kes aktif 32,440.

Jabatan Kesihatan setakat pukul 4 petang ini juga, merekodkan sebanyak 157 meninggal dunia, juga satu pertambahan kes berbanding 96 kematian semalam.

Kes sembuh meningkat kepada 512,789 atau 92.1 peratus termasuk 537 pesakit yang sembuh hari ini.

Related posts

Leave a Comment