Selangor turun tetapi mendahului

SELANGOR masih mendahului kes jangkitan harian walaupun jumlahnya turun kepada 978 kes berbanding 1,013 semalam.

Ini disusuli Johor yang merekodkan 730 kes, juga menunjukkan peningkatan berbanding 426 kes dan Kuala Lumpur  227 berbanding 212 semalam.

  • Selangor: 978 kes 
    • 256 kes daripada kluster-kluster; termasuk 31 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kompleks Perabut dan Kluster Jalan Sementa;
    • 466 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 255 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 730 kes
    • 558 kes daripada kluster-kluster, termasuk 358 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kota Murni, Kluster Jalan Murni 12, Kluster Jalan Tun Mutahir, Kluster Jalan Indah Utama, dan Kluster Parit Haji Khamis;
    • 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 109 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 227 kes
    • 81 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kuchai;
    • 62 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
    • 76 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 199 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Green dan Kluster Kejatau;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Lapan (8) kes import dari luar negara; dan
    • 142 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Negeri Sembilan: 191 kes
    • 122 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 188 kes
    • 110 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment