Sabah benarkan aktiviti masjid, surau

KOTA KINABALU 19 Feb. – Semua masjid dan surau di Sabah dibuka untuk solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat bermula hari ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Menurut pekeliling Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah kebenaran itu tertakluk kepada satu pertiga kapasiti dewan solat utama masjid dan surau dengan mengambil kira penjarakan fizikal.

Solat jenazah juga dibenarkan mengikut keluasan dewan solat utama masjid dan surau

Aktiviti lain di masjid dan surau seperti kuliah Maghrib serta solat sunat dhuha juga dibenarkan tetapi tidak melebihi satu jam pada setiap sesi.

Kelas agama juga dibenarkan tetapi tidak melebihi tempoh lima jam dan bilangan peserta tidak lebih daripada 20 orang dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Majlis akad nikah juga dibenarkan di dalam dewan atau bilik khas masjid dengan kehadiran tidak lebih 20 orang pada satu masa dengan menjaga disiplin dan mematuhi SOP.

Jamuan dengan makanan dan minuman yang dibungkus turut dibenarkan  manakala had umur kanak-kanak yang dibenarkan hadir ke masjid dan surau adalah 10 tahun ke atas, katanya.

Jemaah masjid dan surau juga dianjurkan membaca surah Yasin dan zikir-zikir tertentu untuk memohon rahmah dan perlindungan daripada wabak ini.

Imam juga digalakkan membaca Qunut Nazilan khususnya ketika solat Jumaat.

Related posts

Leave a Comment