Kes harian Saudi meningkat 369 kes

RIYADH 10 Feb. – Arab Saudi terus mencatatkan peningkatan kes baharu jangkitan Covid-19 apabila jumlah kes harian  meningkat kepada 369 berbanding 353 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, lima kematian direkodkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,415 orang pesakit meninggal dunia.. Jumlah keseluruhan kes jangkitan pula meningkat kepada  371,356 dengan kes aktif 2,573 kes di mana 417 kritikal. Kementerian juga merekodkan 306 kes Covid-19 yang sembuh dan ini menjadikan jumlah kumulatif 362,368 kes. Sementara itu Riyadh merekodkan 173 kes diikuti wilayah Timur 85 dan Makkah 48 kes.

Read More

157 kes, 1 kematian di Thailand

BANGKOK 10 Feb. – Satu kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan di Thailand hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 80 orang meninggal dunia. Pada masa yang sama 157 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 23,903 orang. Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada jumlah kes baharu itu, 144 adalah kes jangkitan tempatan manakala 13 lagi kes import. Kematian terkini melibatkan seorang wanita berusia 65 tahun yang turut menghidap kanser, kegagalan buah pinggang dan kolesterol tinggi. Wanita ini mempunyai kontak rapat dengan anggota keluarganya yang datang dari Samut Sakhon di…

Read More

Indonesia catat 8,776 kes baharu

JAKARTA 10 Feb. – Indonesia hari ini merekodkan 8,776 kes baharu jangkitan Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif kes dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengah hari ini sebanyak 1,183,555 kes. Daripada 34 wilayah yang dijangkiti, lima wilayah merekodkan kes tertinggi iaitu Jakarta (3,309 kes baharu), Jawa Tengah (1,220), Jawa Barat (660), Jawa Timur (603), dan Kalimantan Timur (498). Jumlah kematian pula meningkat kepada 32,167 orang berikutan 191 lagi pesakit meninggal dunia. Jakarta turut merekodkan kematian tertinggi iaitu 43 kes, Jawa Timur 39, Kalimantan Timur 23 kasus, Jawa Barat 16, Nusa…

Read More

1,345 kes baharu di Filipina

MANILA 10 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,345 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 541,560. Setakat pukul 4 peang ini, jumlah kematian meningkat kepada 11,401 selepas 114 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 276 pesakit pulih dan menjadikan jumlah kumulatif 499,971 atau 92.3 peratus.

Read More

11 kluster baharu, 466 masih aktif

PUTRAJAYA 10 Feb. – Kementerian  Kesihatan memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini, yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing dua kluster melibatkan komuniti dan kumpulan berisiko tinggi. Setakat ini, 931 kluster direkodkan di mana 465 kluster telah tamat termasuk empat kluster hari ini iaitu Kluster Jalan Genting, Kluster Harum, Kluster Medan Idaman, dan Kluster Wakaf Lanas). Sebanyak 466 kluster masih aktif dan hari ini 82 kluster menambah kes baharu. Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (356 kes),…

Read More

Kes di Selangor masih tinggi

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,757 kes (53.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,552 kes (88.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 408 kes (12.4 peratus) dan Johor sebanyak 369 kes (11.2 peratus). Selangor: 1,757  kes  923 kes daripada kluster-kluster; termasuk 91 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Industri Wawasan, Kluster Batu 20, dan Kluster Tapak Bina Persiaran Sepang; 629 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu (1) kes…

Read More

3,288 kes baharu, 14 kematian

PUTRAJAYA 10 Feb. – Malaysia merekodkan sebanyak 3,288 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 251,604 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 3,283 adalah kes tempatan manakala lima adalah kes import manakala 52,186 kes adalah masih aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19. Sebanyak 63 kes (1.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (46 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (7 kes), Kluster Tembok Renggam (5 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), Kluster Tembok Taiping (1 kes), Kluster…

Read More

Tiada kluster baharu rentas negeri

PUTRAJAYA 10 Feb. – Tiada kluster baharu rentas negeri direkodkan sejak 1 Februari sehingga semalam hasil keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) yang bermula 16 Januari lalu, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Sebelum itu katanya, dalam tempoh 16 Disember hingga 30 Januari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 31 kluster rentas negeri melibatkan sejumlah 4,376 kes positif Covid-19. Sepanjang tempoh itu, kes jangkitan rentas negeri telah berlaku di lapan negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Katanya,  kes jangkitan itu adalah berpunca dari enam negeri asal iaitu Wilayah Persekutuan Kuala…

Read More

PKPD Kampung Teluk, Sitiawan

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Teluk, Setiawan, Perak bermula 11 sehingga 24 Februari ini. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD di Kampung Teluk itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan peningkatan kes Covid-19 di kawasan tersebut. Sehingga 9 Februari , KKM telah melaksanakan 43 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 16 kes positif direkodkan. Beliau juga menjelaskan PKPD dilaksanakan di kawasan tersebut untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar yang melibatkan 400 orang penduduk…

Read More

Covid-19: 6 restoran langgar peraturan ditutup

SINGAPURA 10 Feb. – Tidak serik. Begitulah yang terjadi ke atas Restoran Zam Zam di North Bridge Road yang dikenakan tindakan, kali ini diarah tutup mulai semalam hingga 18 Februari kerana melanggar undang-undang kawalan keselamatan yang berkuatkuasa ketika pandemik Covid-19. Sebelum ini, pada 22 Mei dan 19 Disember 2020, restoran yang sama didenda $1,000 dan $2,000 atas kesalahan yang sama. Restoran berkenaan adalah antara enam lokasi jualan makanan dan minuman di Singapura yang gagal mematuhi ketetapan agensi kerajaan yang menjalankan pemeriksaan menjelang Tahun Baharu Cina sepanjang beberapa minggu lalu. Menurut…

Read More