Kes di Selangor masih tinggi

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,757 kes (53.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,552 kes (88.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  sebanyak 408 kes (12.4 peratus) dan Johor sebanyak 369 kes (11.2 peratus).

  • Selangor: 1,757  kes 
    • 923 kes daripada kluster-kluster; termasuk 91 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Industri Wawasan, Kluster Batu 20, dan Kluster Tapak Bina Persiaran Sepang;
    • 629 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 204 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 408 kes
    • 149 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Harun, Kluster Jalan Dua Belas, dan Kluster Tapak Bina Jalan Tandok;
    • 115 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 140 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 369 kes
    • 110 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kancil Waha, Kluster Jalan Uda Utama, dan Kluster Lorong Sahabat;
    • 109 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 150 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Negeri Sembilan: 157 kes
    • 80 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment