Indonesia catat 8,776 kes baharu

JAKARTA 10 Feb. – Indonesia hari ini merekodkan 8,776 kes baharu jangkitan Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif kes dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengah hari ini sebanyak 1,183,555 kes.

Daripada 34 wilayah yang dijangkiti, lima wilayah merekodkan kes tertinggi iaitu Jakarta (3,309 kes baharu), Jawa Tengah (1,220), Jawa Barat (660), Jawa Timur (603), dan Kalimantan Timur (498).

Jumlah kematian pula meningkat kepada 32,167 orang berikutan 191 lagi pesakit meninggal dunia.

Jakarta turut merekodkan kematian tertinggi iaitu 43 kes, Jawa Timur 39, Kalimantan Timur 23 kasus, Jawa Barat 16, Nusa Tenggara Timur 12 dan Jawa Tengah lima kes.

Daripada jumlah 1,183,555 kes, sebanyak 982,972 pesakit sembuh termasuk 9,520 yang dilaporkan pulih hari ini.

Jakarta juga merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 3,245 diikuti Jawa Tengah 1,316,Jawa Barat 1,059, Jawa Timur 703 dan Kalimantan Timur 381.

Related posts

Leave a Comment