Kes harian Saudi meningkat 369 kes

RIYADH 10 Feb. – Arab Saudi terus mencatatkan peningkatan kes baharu jangkitan Covid-19 apabila jumlah kes harian  meningkat kepada 369 berbanding 353 kes semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, lima kematian direkodkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,415 orang pesakit meninggal dunia..

Jumlah keseluruhan kes jangkitan pula meningkat kepada  371,356 dengan kes aktif 2,573 kes di mana 417 kritikal.

Kementerian juga merekodkan 306 kes Covid-19 yang sembuh dan ini menjadikan jumlah kumulatif 362,368 kes.

Sementara itu Riyadh merekodkan 173 kes diikuti wilayah Timur 85 dan Makkah 48 kes.

Related posts

Leave a Comment