157 kes, 1 kematian di Thailand

BANGKOK 10 Feb. – Satu kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan di Thailand hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 80 orang meninggal dunia.

Pada masa yang sama 157 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 23,903 orang.

Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada jumlah kes baharu itu, 144 adalah kes jangkitan tempatan manakala 13 lagi kes import.

Kematian terkini melibatkan seorang wanita berusia 65 tahun yang turut menghidap kanser, kegagalan buah pinggang dan kolesterol tinggi.

Wanita ini mempunyai kontak rapat dengan anggota keluarganya yang datang dari Samut Sakhon di mana lima anggota keluarga disahkan positif.

Daripada 157 kes baharu, sebanyak 106 adalah kes dalam masyarakat manakala 38 dikesan di hospital.

Samut Sakhon merekodkan 132 kes – 104 dalam kalangan masyarakat dan 28 di hospital. Bangkok pula merekodkan lapan kes baharu melibatkan kakitangan asrama di Chulalongkorn University.

Sementara itu 13 kes import adalah dari India (1), Filipina(1), Jepun(1), Amerika Syarikat (2), Kuwait (1), Argentina (1) dan Malaysia (1) manakala lima lagi krew kapal dari Indonesia.

Daripada 23,903 jumlah kes, sebanyak 18,914 dilaporkan pulih termasuk 548 yang sembuh dalam tempoh 24 jam lepas sementara 4,909 masih menerima rawatan.

Related posts

Leave a Comment