11 kluster baharu, 466 masih aktif

PUTRAJAYA 10 Feb. – Kementerian  Kesihatan memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini, yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing dua kluster melibatkan komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Setakat ini, 931 kluster direkodkan di mana 465 kluster telah tamat termasuk empat kluster hari ini iaitu Kluster Jalan Genting, Kluster Harum, Kluster Medan Idaman, dan Kluster Wakaf Lanas).

Sebanyak 466 kluster masih aktif dan hari ini 82 kluster menambah kes baharu.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (356 kes), Kluster Persiaran Perkilangan (319 kes), dan Kluster Jalan Cochrane (104 kes).

Sementara itu 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah :

  • KLUSTER BATU 20

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat di Jalan Ipoh, Batu 20, Rawang. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 205 individu disaring, di mana 42 kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI WAWASAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Wawasan, Kawasan Perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang. Sehingga 10 Februari, sejumlah 116 individu disaring, di mana 38 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN SEPANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Persiaran Sepang, Cyberjaya, Sepang. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 526 individu disaring, di mana 29 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN TANDOK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Tandok, Lembah Pantai. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 188 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN HARUN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-250327) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan di Jalan Dato Haji Harun, Taman Taynton View, Cheras. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DUA BELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-201916) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam berdekatan Jalan 1A/12A, Kampung Batu Muda, Kepong. Sehingga 10 Februari 2021, sejumlah 103 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN UDA UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244548) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam di Kota Iskandar, Johor Bahru. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Uda Utama, Bandar Uda Utama, Johor Bahru. Sehingga 10 Februari, sejumlah 61 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LORONG SAHABAT

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kluang di Johor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-233883) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Lorong Sahabat, Kampung Tengah, Kluang . Sehingga 10 Februari, sejumlah 19 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KANCIL WAHA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-202935) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Kancil, Rumah Kakitangan Felda Simpang Waha, Kota Tinggi. Sehingga 10 Februari, sejumlah 45 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TIGA KKIP

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-232875) dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Tiga KKIP, Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Kota Kinabalu. Sehingga 10 Februari, sejumlah 37 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LORONG BERSATU DAMAI

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Tuaran, dan Penampang di Sabah.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-243805) dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan sebelum kemasukan ke wad. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Lorong Bersatu, Jalan Damai, Kota Kinabalu. Sehingga 10 Februari , sejumlah 91 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment