Arab Saudi catat peningkatan kes

RIYADH 6 Feb. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan peningkatan apabila 386 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas berbanding 327 kes semalam. Ini adalah hari kelima berturut-turut jumlah kes harian melebihi 300 selepas sebelum ini mencatatkan lebih 200 kes termasuk kali terakhir 255 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 369,961 dengan 2,327 kes aktif di mana 401 kritikal. Empat kematian dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 6,397 kematian. Sebanyak 283 kes sembuh direkodkan dan ini membawa kepada 361,237 pesakit pulih daripada jangkitan.…

Read More

12,156 kes baharu, 12,204 sembuh

JAKARTA 6 Feb. – Sebanyak 12,156 kes baharu Covid-19 direkodkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kes 1,147,010 Bagi tempoh yang sama, 12,204 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan 939,184 orang atau 81.9 peratus pulih. Jumlah kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan menurun sebanyak 239 kes iaitu sebanyak 176,433 atau peratusannya 15.4 peratus. Pesakit yang meninggal dunia pula bertambah 191 orang dan kumulatifnya kini mencapai 31,393 kes. Sementara itu Jawa Barat mencatat kes jangkitan tertinggi dengan 3.971 kes diikuti  Jakarta 2,379, Jawa Tengah…

Read More

144 gagal pakai pelitup muka

KUALA LUMPUR: Seramai 643 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata daripada jumlah itu 623 dikompaun manakala 20 individu lagi direman. Kesalahan tidak memakai pelitup muka adalah tinggi iaitu 144, diikuti rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (112), tiada penjarakan fizikal (133), gagal menyediakan peralatan atau merekod diri serta pelanggan (112), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (34), keluar rumah tanpa alasan munasabah (42) dan lain-lain (66). Menerusi Op Benteng, Ismail berkata pihaknya…

Read More

12 kluster baharu, 441 masih aktif

PUTRAJAYA 6 Feb. – Terdapat 12 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini, yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. Setakat ini terdapat 888 kluster di mana 447 kluster tamat termasuk lima kluster hari ini iaitu Kluster Rapat, Kluster Jalan SEDCO, Kluster Rambai, Kluster Jalan Nikolas, dan Kluster Ria-30; Jumlah kluster aktif pula 441 dengan 93 kluster menambah kes baharu. Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam (257 kes), Kluster Industri Kampung Baru (167 kes), dan Kluster…

Read More

Dikompaun akibat bergambar ramai

LANGKAWI 5 Feb. – Jangan pandang remeh terhadap prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang sedang dilaksanakan. Sama ada ‘bernasib baik’ atau sebaliknya, jika terlihat oleh pihak berkuasa berhubung kesalahan yang dilakukan, jangan salahkan sesiapa. Siapa sangka ketika asyik merakam gambar kenangan secara berkumpulan, anda disapa pihak berkuasa dan kemudiannya dikompaun. Ini berlaku terhadap 19 individu termasuk satu pasangan pengantin yang ditahan polis dan dikenakan kompaun, Rabu lepas.  Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari berkata anggotanya yang membuat rondaan bagi memastikan SOP PKP 2.0 dipatuhi di sekitar kawasan perumahan di Ayer Hangat, telah mengesan kehadiran kumpulan berpakaian…

Read More

Selangor terus catat kes tinggi

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,481 kes (38.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,117 kes (75.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 585 kes (15.2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 402 kes (10.4 peratus). Selangor: 1,481 kes  258 kes daripada kluster-kluster; termasuk 194 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Industri Kampung Baru, Kluster Jalan Banting-Klang, Kluster Gudang Salak Tinggi, Kluster Jalan Kuala Selangor, dan Kluster Lingkaran Cyber; 859 kes daripada saringan kontak…

Read More

3,847 kes baharu, 12 kematian

KUALA LUMPUR 6 Feb. – Sebanyak 3,847 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 238,721 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan kini mencecah 50,894. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes sembuh harian ialah 1,692 kes menjadikan kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 186,970 atau 78.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat empat kes import melibatkan warga tempatan yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 3,843 kes, melibatkan 2,569 warga tempatan dan 1,274 warga asing. Dr Noor…

Read More

26 kes import di Singapura

SINGAPURA 6 Feb. – Dua rakyat Malaysia adalah antara 26 kes import baharu Covid-19 yang dilaporkan di Singapura hari ini. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) republik itu, kes membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun dan wanita, 35, pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia. Tiada kes baharu jangkitan tempatan dilaporkan dan semua adalah kes import, yang  menjadikan keseluruhan kes 59,675. Daripada 26 kes baharu yang diimport itu, 25 adalah tanpa gejala manakala satu-satunya kes bergejala membabitkan wanita rakyat Malaysia. Kes import lain adalah dari Bangladesh, Gabon, India, Indonesia, Jerman, Myanmar, Filipina,…

Read More

Thailand catat 490 kes baharu

BANGKOK 6 Feb. – Thailand merekodkan 490 kes baharu Covid-19, dengan sifar  kematian, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu meningkat kepada 23,134 dan 79 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA),  daripada 490 kes baharu itu, 479 adalah kes tempatan manakala 11 lagi kes import. Sebanyak 412 kes dikesan melalui pengesanan kes aktif dengan 410 di Samut Sakhon manakala masing-masing satu kes di Samut Songkhram dan Samut Prakan. Sebanyak 67 kes baharu merupakan mereka yang mendapatkan rawatan di hospital dan 11 lagi kes import. Di Samut Sakhon, daripada 410 kes — 18 melibatkan warga Thai…

Read More

1,941 kes, 52 kematian di Filipina

MANILA 6 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,941 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu 535,521. Setakat pukul 4 petang hari ini, sebanyak 52 orang pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatif 11,110 kematian. DoH juga melaporkan 91.2 peratus atau 488,465 daripada keseluruhan pesakit telah sembuh termasuk 234 pesakit yang disahkan pulih hari ini. Setakat ini juga jumlah kes aktif adalah 35,946 kes atau 6.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More