144 gagal pakai pelitup muka

KUALA LUMPUR: Seramai 643 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata daripada jumlah itu 623 dikompaun manakala 20 individu lagi direman.

Kesalahan tidak memakai pelitup muka adalah tinggi iaitu 144, diikuti rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (112), tiada penjarakan fizikal (133), gagal menyediakan peralatan atau merekod diri serta pelanggan (112), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (34), keluar rumah tanpa alasan munasabah (42) dan lain-lain (66).

Menerusi Op Benteng, Ismail berkata pihaknya menangkap 14 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) selain merampas lima kenderaan darat.

Selain itu, katanya penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat sembilan pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara, semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati, lapan tapak binaan mematuhi SOP manakala satu lagi tidak patuh,” katanya.

Berkaitan saringan pekerja asing, Ismail berkata seramai 8,717 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan semalam dan daripada jumlah itu, 299 orang disahkan positif.

Related posts

Leave a Comment