12,156 kes baharu, 12,204 sembuh

JAKARTA 6 Feb. – Sebanyak 12,156 kes baharu Covid-19 direkodkan di Indonesia dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kes 1,147,010

Bagi tempoh yang sama, 12,204 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa jumlah keseluruhan 939,184 orang atau 81.9 peratus pulih.

Jumlah kes aktif atau pesakit yang masih memerlukan rawatan menurun sebanyak 239 kes iaitu sebanyak 176,433 atau peratusannya 15.4 peratus.

Pesakit yang meninggal dunia pula bertambah 191 orang dan kumulatifnya kini mencapai 31,393 kes.

Sementara itu Jawa Barat mencatat kes jangkitan tertinggi dengan 3.971 kes diikuti  Jakarta 2,379, Jawa Tengah 1.601, Jawa Timur 745 dan Kalimantan Timur 607 kes.

Jakarta merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 4,434 orang, Jawa Barat 3.117, Jawa Timur 786, Sulawesi Selatan 544, Kalimantan Timur 479 dan Jawa Tengah 116. 

Bagi kes pesakit meninggal dunia, Jawa Timur merekodkan 48 kes, Jakarta 44,  Kalimantan Timur 23, Bali 12, Jawa Tengah sembilan kes dan Jawa Barat empat kes.

Penerima vaksin di Indonesia pula bertambah sebanyak 32.212 orang dan jumlah penerima meningkat kepada 777,096 orang.

Related posts

Leave a Comment