Selangor terus catat kes tinggi

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,481 kes (38.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,117 kes (75.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 585 kes (15.2 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 402 kes (10.4 peratus).

  • Selangor: 1,481 kes 
    • 258 kes daripada kluster-kluster; termasuk 194 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Industri Kampung Baru, Kluster Jalan Banting-Klang, Kluster Gudang Salak Tinggi, Kluster Jalan Kuala Selangor, dan Kluster Lingkaran Cyber;
    • 859 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 364 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 585 kes
    • 244 kes daripada kluster-kluster, termasuk 47 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Istimewa Tujuh, Kluster Jalan Tun Mutalib, dan Kluster Jalan Bayu Satu;
    • 186 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import luar negara; dan
    • 153 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 402 kes
    • 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Besi;
    • 139 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 205 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

 

Related posts

Leave a Comment