Arab Saudi catat peningkatan kes

RIYADH 6 Feb. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan peningkatan apabila 386 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas berbanding 327 kes semalam.

Ini adalah hari kelima berturut-turut jumlah kes harian melebihi 300 selepas sebelum ini mencatatkan lebih 200 kes termasuk kali terakhir 255 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 369,961 dengan 2,327 kes aktif di mana 401 kritikal.

Empat kematian dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 6,397 kematian.

Sebanyak 283 kes sembuh direkodkan dan ini membawa kepada 361,237 pesakit pulih daripada jangkitan.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 154 diikuti wilayah Timur 110 dan Makkah 54.

Related posts

Leave a Comment