12 kluster baharu, 441 masih aktif

PUTRAJAYA 6 Feb. – Terdapat 12 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini, yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Setakat ini terdapat 888 kluster di mana 447 kluster tamat termasuk lima kluster hari ini iaitu Kluster Rapat, Kluster Jalan SEDCO, Kluster Rambai, Kluster Jalan Nikolas, dan Kluster Ria-30;

Jumlah kluster aktif pula 441 dengan 93 kluster menambah kes baharu.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam (257 kes), Kluster Industri Kampung Baru (167 kes), dan Kluster Mayang Pasir (102 kes).

12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER INDUSTRI KAMPUNG BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar tiga buah kilang yang terletak di Kampung Baru, Sungai Buloh. Sehingga 6 Februari, sejumlah 450 individu disaring, di mana 167 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BANTING-KLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Banting-Klang, Telok Panglima Garang Industrial Estate, Kuala Langat. Sehingga 6 Februari, sejumlah 287 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER GUDANG SALAK TINGGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat perkhidmatan di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Sehingga 6 Februari, sejumlah 455 individu disaring, di mana 42 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KUALA SELANGOR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-235115) dilaporkan positif Covid-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini sebuah sekolah di Kampung Tanjong Karang, Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan, Kuala Selangor. Sehingga 6 Februari, sejumlah 87 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER LINGKARAN CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Petaling  di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya yang terletak di Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, Sepang. Sehingga 6 Februari , sejumlah 75 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN CHESTER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-220570) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.  Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kedai emas yang terletak di Jalan Chester, Tawau.  Sehingga 6 Februari, sejumlah 19 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI BESI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Sungai Besi. Sehingga 6 Februari, sejumlah 113 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TUN MUTALIB

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-193314) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Tun Mutalib, Bandar Tenggara, Kota Tinggi. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 32 individu disaring, di mana enam kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN ISTIMEWA TUJUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru  di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-221799) dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Istimewa, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 92 individu disaring, di mana 29 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BAYU SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Bayu Satu, Bandar Seri Alam, Masai. Sehingga 6 Februari, sejumlah 35 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER GONG NERING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-231456) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja syarikat perkhidmatan yang terletak di Kampung Gong Nering, Besut. Sehingga 6 Februari 2021, sejumlah 183 individu disaring, di mana 26 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KUBUR DARAU

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-198177) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga dan sosial kes indeks di Jalan Kubur Darau dan Kampung Raja, Besut. Sehingga 6 Februari , sejumlah 42 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment