26 kes import di Singapura

SINGAPURA 6 Feb. – Dua rakyat Malaysia adalah antara 26 kes import baharu Covid-19 yang dilaporkan di Singapura hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) republik itu, kes membabitkan seorang lelaki berusia 38 tahun dan wanita, 35, pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia.

Tiada kes baharu jangkitan tempatan dilaporkan dan semua adalah kes import, yang  menjadikan keseluruhan kes 59,675.

Daripada 26 kes baharu yang diimport itu, 25 adalah tanpa gejala manakala satu-satunya kes bergejala membabitkan wanita rakyat Malaysia.

Kes import lain adalah dari Bangladesh, Gabon, India, Indonesia, Jerman, Myanmar, Filipina, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 39 tahun yang pulang dari Malaysia juga merupakan antara kes import tanpa gejala di sini.

Related posts

Leave a Comment