1,941 kes, 52 kematian di Filipina

MANILA 6 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,941 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu 535,521.

Setakat pukul 4 petang hari ini, sebanyak 52 orang pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa jumlah kumulatif 11,110 kematian.

DoH juga melaporkan 91.2 peratus atau 488,465 daripada keseluruhan pesakit telah sembuh termasuk 234 pesakit yang disahkan pulih hari ini.

Setakat ini juga jumlah kes aktif adalah 35,946 kes atau 6.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment