Thailand catat 490 kes baharu

BANGKOK 6 Feb. – Thailand merekodkan 490 kes baharu Covid-19, dengan sifar  kematian, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu meningkat kepada 23,134 dan 79 kematian.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA),  daripada 490 kes baharu itu, 479 adalah kes tempatan manakala 11 lagi kes import.

Sebanyak 412 kes dikesan melalui pengesanan kes aktif dengan 410 di Samut Sakhon manakala masing-masing satu kes di Samut Songkhram dan Samut Prakan.

Sebanyak 67 kes baharu merupakan mereka yang mendapatkan rawatan di hospital dan 11 lagi kes import.

Di Samut Sakhon, daripada 410 kes — 18 melibatkan warga Thai dan 391 Myanmar dan seorang Lao.

Sementara kes import pula, 10 yang dikuarantin selepas ketibaan adalah melibatkan empat warga Thai, Perancis, Portugal, Ukraine dan Australia.

Mereka tiba dari Perancis  (1), Portugal (2), Jerman (1), Amerika Syarikat (2), Nigeria (1) dan Emiriyah Arab Bersatu (1).

Seorang lagi adalah wanita dari Kemboja yang masuk melalui laluan biasa di wilayah Narathiwat yang kemudiannya dimasukkan ke hospital.

Daripada 234,134 kes, sebanyak 16,274 (70.3%) sembuh, termasuk 943 yang pulih hari ini manakala 6,781 masih di hospital.

Related posts

Leave a Comment