Kes di Arab Saudi 306

RIYADH 3 Feb. – Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus berada pada kadar 300 kes apabila merekodkan 306 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan 368,945 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula rendah dengan tiga pesakit meninggal dunia berbanding empat kematian semalam. Jumlah kumulatif kematian adalah 6,386. Pada masa yang sama, 290 kes dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 360,400. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 124, wilayah Timur 58 dan Makkah 52 kes.

Read More

Kes positif Indonesia 11,984

JAKARTA 3 Feb. – Kes baharu positif Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 11,984 dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,111,671 kes manakala kes aktif pula 175.236. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula meningkat kepada 30,770 orang atau 2.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dengan 189 kematian direkodkan hari ini. Pesakit sembuh pula meningkat kepada 905,665 orang atau 81.5 peratus termasuk 9,135 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini. Jawa Barat merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu 1,890 dan kumulatifnya 123.998 orang manakala Jakarta 1.602 (kumulatif 250.114), Jawa Tengah 1,011 (84.896),…

Read More

Thailand catat 795 kes baharu

BANGKOK 3 Feb. – Sebanyak 795 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand dengan 783 kes jangkitan tempatan manakala 12 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 21,249. Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada 783 kes tempatan itu, 759 dikesan di wilayah Samut Sakhon dan 24 disahkan di hospital. Di Samut Sakhon, sebanyak 662 melibatkan warga Myanmar, 92 warga Thai , tiga Kemboja dan dua Laos. Bagi kes di hospital, di Samut Sakhon, 11 adalah warga Myanmar dan tujuh Thailand, empat di Bangkok iaitu tiga Thailand dan seorang Myanmar dan…

Read More

1,266 kes baharu di Filipina

MANILA 3 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mengesahkan 1,266 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 530,118. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 68 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 10,942 kematian. Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 487,721 orang atau 92.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Hari ini sebanyak 130 pesakit dilaporkan sembuh. Kes aktif pula 31,455 atau 5.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Read More

PKPD di tiga kawasan

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Dua kawasan  di Hulu Terengganu dan satu di Kuala Kangsar dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Dua kawasan di Terengganu itu adalah di Felda Tersat dan Tapak Bina Kuarters TNB di Kuala Berang yang akan mula dikuatkuasa pada Khamis (esok) sehingga 17 Februari ini. Sehingga 1 Februari 2021, KKM telah melaksanakan 420 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 45 kes positif Covid-19 telah direkodkan. Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar yang melibatkan 583…

Read More

13 kluster baharu

  Terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, 3 Februari  yang melibatkan 12 kluster berkaitan tempat kerja dan satu  kluster pusat tahanan . 1. KLUSTER JALAN CITY Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 2 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat beli-belah di Sepang. Sehingga 3 Februari, sejumlah 112 individu disaring, di mana 48 kes dikesan positif. 2. KLUSTER JALAN AMAN Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan…

Read More

18 kematian, 3,804 kes baharu

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Sebanyak 4,284 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 226,912 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak enam kes import dilaporkan yang menerima jangkitan daripada luar negara manakala selebihnya merupakan jangkitan kes tempatan. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 48,309 kes. Sebanyak 122 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga (54 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (41 kes),…

Read More

IRINGI PKP 2.0 DENGAN PEMATUHAN SOP

ADA yang ‘longgar dan ada yang ketat’. Pergerakan masih terbatas atau bersyarat. Sektor ekonomi tidak ditutup sepenuhnya. Namun kehidupan kita masih di luar kebiasaan, tidak ‘sebebas’ dahulu. Dalam tempoh setahun ini kebanyakan kita ‘diikat’ dengan tiga PKP – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat ( PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP). PKP 1.0 amat terasa. Kini PKP 2.0 pula muncul. Pelbagai reaksi berikutan pelanjutan PKP 2.0 selama dua minggu lagi bermula 5 Februari ini. Masing-masing ada alasan. Semuanya ‘benar dan betul’ mengikut ‘keperluan dan kepentingan’ sendiri. Ada juga yang bertanya kenapa…

Read More

Satu kes tempatan di Singapura

SINGAPURA 3 Feb. – Satu kes jangkitan tempatan direkodkan di Singapura hari ini selepas sejak kebelakangan ini hanya merekodkan kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, kes tempatan itu adalah antara 18 kes baharu Covid-19 yang direkodkan setakat pukul 12  tengah hari ini. Kesemua 17 kes import itu telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini. Tiada kes jangkitan baharu  dilaporkan di penempatan pekerja asing.

Read More