PKPD di tiga kawasan

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Dua kawasan  di Hulu Terengganu dan satu di Kuala Kangsar dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata

Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Dua kawasan di Terengganu itu adalah di Felda Tersat dan Tapak Bina Kuarters TNB di Kuala Berang yang akan mula dikuatkuasa pada Khamis (esok) sehingga 17 Februari ini.

Sehingga 1 Februari 2021, KKM telah melaksanakan 420 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 45 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar yang melibatkan 583 penduduk di 198 buah rumah serta mengawal jangkitan dalam komuniti di felda tersebut.

Mengenai Tapak Bina Kuarters TNB, Ismail berkata, daripada 386 ujian saringan yang dijalankan sebanyak 62 kes positif direkodkan.

Satu lagi kawasan yang dikenakan PKPD adalah di Felda Lasah dan Kg. Besi Api, di Kuala Kangsar, Perak.

Sehingga 31 Januari 2021, KKM telah melaksanakan 71 ujian saringandan daripada jumlah itu, sebanyak 35 kes positif Covid- 19 direkodkan di kedua-dua lokaliti ini.

Related posts

Leave a Comment