Sabah catat 451 kes

SABAH masih mendahului jumlah jangkitan Covid-19 apabila 451 kes dilaporkan di negeri itu. Daripada jumlah itu, 234 adalah hasil saringan kontak rapat, 54 dari kluster sedia ada, dua kluster Teduh (baharu) dan 161 lain-lain saringan.

PULAU PINANG merekodkan 189 kes iaitu 186 dari kluster sedia ada dan tiga saringan kontak rapat.

SELANGOR merekodkan 159 kes iaitu 89 dari kluster sedia ada, 23 kluster Keladi (baharu), 23 saringan kontak rapat, lapan kluster Menara (baharu), dua saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi dan 14 lain-lain saringan.

KEDAH dengan 38 kes iaitu 37 kluster Tembok dan satu kluster Bah Lunas.

KUALA LUMPUR merekodkan 15 kes iaitu tujuh saringan kontak rapat, empat kluster Sentral (baharu), tiga kluster Menara (baharu) dan satu saringan bergejala.

SARAWAK merekodkan empat kes iaitu dari kluster Bah Arnab.

PERAK pula mencatatkan empat kes iaitu dua dari kluster sedia ada, satu kes kluster Menara (baharu) dan satu saringan Depoh Tahanan Imigresen.

TERENGGANU mencatatkan tiga kes dari kluster Bah Bemban manakala JOHOR dua jes iaitu kluster Buntar dan saringan kontak rapat.

PUTRAJAYA merekodkan dua kes iaitu dari kluster Menara (baharu) dan kluster Buntar manakala NEGERI SEMBILAN satu kes saringan kontak rapat dan satu kes MELAKA hasil saringan kontak rapat.

Related posts

Leave a Comment