Kes positif Indonesia 11,984

JAKARTA 3 Feb. – Kes baharu positif Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 11,984 dengan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,111,671 kes manakala kes aktif pula 175.236.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula meningkat kepada 30,770 orang atau 2.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dengan 189 kematian direkodkan hari ini.

Pesakit sembuh pula meningkat kepada 905,665 orang atau 81.5 peratus termasuk 9,135 pesakit yang dilaporkan pulih hari ini.

Jawa Barat merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu 1,890 dan kumulatifnya 123.998 orang manakala Jakarta 1.602 (kumulatif 250.114), Jawa Tengah 1,011 (84.896), Jawa Timur 899 (99.975) dan Kalimantan Timur 501 ( 33.933).

Bagi kes jangkitan harian, Jakarta mencatatkan 3.567 kes dan kumulatifnya  280.261 kes, Jawa Barat 2.241, Jawa Tengah 1.783, Kalimantan Timur 903 dan Jawa Timur 736.

Sementara itu Jawa Timur merekodkan 58 kematian, Jakarta 44, Kalimantan Timur 13, Jawa Barat 10 dan Jawa Tengah tujuh.

Bagi penerima vaksin Covid-19, sebanyak 646.026 orang telah menerimanya.

Related posts

Leave a Comment