RIYADH 3 Feb. – Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus berada pada kadar 300 kes apabila merekodkan 306 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan 368,945 kes.
Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kematian pula rendah dengan tiga pesakit meninggal dunia berbanding empat kematian semalam. Jumlah kumulatif kematian adalah 6,386.
Pada masa yang sama, 290 kes dilaporkan pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 360,400.
Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 124, wilayah Timur 58 dan Makkah 52 kes.
