Thailand catat 795 kes baharu

BANGKOK 3 Feb. – Sebanyak 795 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand dengan 783 kes jangkitan tempatan manakala 12 kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 21,249.

Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, daripada 783 kes tempatan itu, 759 dikesan di wilayah Samut Sakhon dan 24 disahkan di hospital.

Di Samut Sakhon, sebanyak 662 melibatkan warga Myanmar, 92 warga Thai , tiga Kemboja dan dua Laos.

Bagi kes di hospital, di Samut Sakhon, 11 adalah warga Myanmar dan tujuh Thailand, empat di Bangkok iaitu tiga Thailand dan seorang Myanmar dan satu masing-masing di Tak dan Maha Sarakham.

Dua belas kes import yang dikuarantin adalah setiap satu dari Amerika Syarikat

United Kingdom,  Kanada, Rusia, Turki, dua dari Malaysia dan empat dari Emiriyah Arab Bersatu.

Daripada 21,249 kes terkumpul, sebanyak 14,001 (65.8%) dilaporkan sembuh termasuk 784 yang pulih hari ini manakala  7,169 sedang menerima rawatan. Jumlah kematian kekal 79.

Related posts

Leave a Comment