1,266 kes baharu di Filipina

MANILA 3 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mengesahkan 1,266 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 530,118.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 68 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 10,942 kematian.

Pada masa yang sama, jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 487,721 orang atau 92.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Hari ini sebanyak 130 pesakit dilaporkan sembuh.

Kes aktif pula 31,455 atau 5.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment