Satu kes tempatan di Singapura

SINGAPURA 3 Feb. – Satu kes jangkitan tempatan direkodkan di Singapura hari ini selepas sejak kebelakangan ini hanya merekodkan kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan, kes tempatan itu adalah antara 18 kes baharu Covid-19 yang direkodkan setakat pukul 12  tengah hari ini.

Kesemua 17 kes import itu telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di sini.

Tiada kes jangkitan baharu  dilaporkan di penempatan pekerja asing.

Related posts

Leave a Comment