Had jemaah demi keselamatan

SHAH ALAM 28 Jan. – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memahami kegusaran dan kebimbangan umat Islam di Selangor yang belum boleh berjemaah Solat Fardhu dan Solat Jumaat di masjid-masjid semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Baginda turut membaca sendiri rayuan yang disalurkan menerusi Sahibus Samahah Dato’ Mufti Selangor dan juga permohonan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan perkara berkenaan. Bagaimanapun, baginda menegaskan bahawa keputusan untuk mengehadkan bilangan jemaah di masjid-masjid adalah demi menjaga keselamatan umat Islam lebih-lebih lagi statistik terbaharu di Negeri Selangor membabitkan kes-kes jangkitan wabak Covid-19…

Read More

Reaksi kes remaja ditahan ISA

SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bimbang dan sedih atas penangkapan seorang remaja yang merancang untuk melancarkan serangan ke atas dua masjid di Singapura. Dalam satu kenyataan media, MUIS juga mengutuk semua perbuatan pengganasan sebagai “tiada tempat dalam mana-mana agama sekalipun” “Perbuatan sedemikian akan memecahbelahkan masyarakat. Ini adalah peringatan membimbangkan bahawa ancaman ideologi radikal online sentiasa wujud dan menerusi media sosial ia menyusup masuk ke dalam kehidupan kita, membawa bahaya ideologi pelampau ke dalam rumah-rumah kita. Kami teramat bimbang khususnya terhadap remaja kita,” tegas MUIS. Kenyataan itu dibuat susulan berita…

Read More

Vaksinasi barisan hadapan Myanmar

YANGON 28 Jan. – Setakat petang semalam, sebanyak 30,551 petugas kesihatan Myanmar telah mendapat suntikan vaksin Covid-19, hari pertama program vaksinasi di negara itu. Menurut Kementerian Kesihatan Myanmar, program untuk kumpulan pertama itu akan diteruskan pada hari berikutnya. Jururawat kanan Daw Aye Muu dari Hospital Awam Nay Pyi Taw (1000) disuntik hari ini pada pukul 8 pagi sebagai suntikan vaksin Covid-19 pertama di Myanmar. Menteri Kesihatan dan Sukan Dr. Myint Htwe melawat Nay Pyi Taw bagi meninjau aktivati pemvaksinan di Hospital Awam, Bilik Mesyuarat (2) dan Sekolah Bersalin, Kem Vaksinasi…

Read More

216 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 27 Jan. – Kementerian Kesihatan merekodkan 216 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas menjadikan jumlah kumulatif 367,023 kes. Empat kematian pula direkodkan yang membawa kepada 6,363 orang pesakit meninggal dunia. Pada masa yang sama, 205 pesakit dilaporkan sembuh dan menjadikan jumlah keseluruhan 358,545 kes atau 97.69 peratus dari jumlah pesakit. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tetinggi iaitu 84 kes, diikuti wilayah Timur 45 dan Makkah 43. Kes aktif pula 2,115 di mana daripada jumlah itu 348 kritikal.

Read More

Presiden Singapura diberi suntikan

SINGAPURA 27 Jan. – Presiden Halimah Yacob yang diberikan suntikan vaksin Covid-19 petang ini menggesa rakyat Singapura dan penduduk yang menetap di sini untuk jangka panjang mendapatkan suntikan vaksin apabila giliran mereka tiba. “Kadar vaksinasi yang tinggi akan memaksimumkan perlindungan bagi penduduk dan mengurangkan kadar orang yang boleh dijangkiti Covid-19,” kata presiden itu yang. menerima suntikan di Poliklinik Outram. Katanya pemvaksinan akan mengurangkan risiko penularan virus secara meluas, bagi memastikan kes jangkitan dalam masyarakat kekal rendah dan membenarkan Singapura membuka semula ekonomi dan menyambung kegiatan sosial. Halimah juga menekankan pendirian…

Read More

11,948 kes baharu, 10,974 sembuh

JAKARTA 27 Jan. – Di sebalik mencatatkan lebih satu juta kes jangkitan Covid-19, Indonesia terus mencatatkan peningkatan kumulatif kes sembuh menjadikan 831,330 atau 81.2 peratus daripada keseluruhan kes. Kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 10,974 sementara kes positif pula sebanyak 11,948 yang menjadikan jumlah kumulatif 1,024,298 kes dengan kes aktif 164,113 kes atau 16.0 peratus. Pesakit yang meninggal dunia pula adalah 387 dan kumulatifnya mencapai 28,855 kes  atau 2.8 dari pesakit yang dijangkiti. Jakarta merekodkan kes sembuh yang tinggi dengan mencatatkan 2,970 diikuti Jawa Barat 1,800, Jawa Tengah 1,650,…

Read More

2,245 kes baharu di Filipina

MANILA 27 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang hari ini merekodkan 2,245 kes baharu jangkitan Covid-19, satu peningkatan berbanding 1,173 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 518,407 dengan kes aktif sebanyak 32,384. Pada masa yang sama, 95 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kematian 10,481 orang. Jumlah pesakit pulih pula adalah sebanyak 140 dan ini membawa kepada 475,542 pesakit sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Read More

Thailand catat 819 kes baharu

BANGKOK 27 Jan. –  Thailand merekodkan 819 kes Covid-19 baharu, termasuk 808 jangkitan tempatan dan satu kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan kes positif berjumlah 15,465 kes dengan 76 kematian. Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Taweesilp Visanuyothin, 716 kes dikesan menerusi pengesanan aktif kes dengan 714 kes di Samut Sakhon, dan masing-masing satu di Rayong dan Samut Prakan. Menurutnya kematian tunggal yang dilaporkan itu melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 56 tahun di Samut Sakhon yang juga menderita stroke. Sebelas kes import pula yang dikuarantin adalah dari United Kingdom…

Read More