2,245 kes baharu di Filipina

MANILA 27 Jan. – Jabatan Kesihatan (DoH) setakat pukul 4 petang hari ini merekodkan 2,245 kes baharu jangkitan Covid-19, satu peningkatan berbanding 1,173 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 518,407 dengan kes aktif sebanyak 32,384.

Pada masa yang sama, 95 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kematian 10,481 orang.

Jumlah pesakit pulih pula adalah sebanyak 140 dan ini membawa kepada 475,542 pesakit sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment