216 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 27 Jan. – Kementerian Kesihatan merekodkan 216 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lepas menjadikan jumlah kumulatif 367,023 kes.

Empat kematian pula direkodkan yang membawa kepada 6,363 orang pesakit meninggal dunia.

Pada masa yang sama, 205 pesakit dilaporkan sembuh dan menjadikan jumlah keseluruhan 358,545 kes atau 97.69 peratus dari jumlah pesakit.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian tetinggi iaitu 84 kes, diikuti wilayah Timur 45 dan Makkah 43.

Kes aktif pula 2,115 di mana daripada jumlah itu 348 kritikal.

Related posts

Leave a Comment