1,169 kes harian di Filipina

MANILA 28 Jan. – Jabatan Kesihatan Filipina (DoH) setakat pukul 4 petang ini menunjukkan penurunan kes harian jangkitan, kematian dan sembuh berbanding semalam. Menurut DoH, kes baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini adalah 1,169 berbanding 2,245 kes semalam yang menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 519,575. Sebanyak 71 lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia berbanding 95 kematian semalam dan ini membawa kepada 10,552 kematian. Kes sembuh pula mencatatkan 60 kes berbanding 140 semalam dan dengan perkembangan ini menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 475,596.

Read More

Indonesia catat kematian tertinggi

JAKARTA 28 Jan. – Indonesia hari ini mencatatkan kematian tertinggi akibat Covid-19 sejak kematian pertama pada 11 Mac lalu apabila merekodkan 476 lagi pesakit meninggal dunia. Angka kematian tertinggi sebelum ini adalah semalam, 27 Januari yang merekodkan 387 orang meninggal dunia. Ini menjadikan jumlah korban Covid-19, di republik itu setakat ini meningkat kepada 29,331 orang. Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, daripada 476 kes kematian baharu itu, 200 kes direkodkan di wilayah Jawa Barat, 81 di Jawa Tengah, 57 di Jawa Timur, 40 di Jakarta,…

Read More

756 kes baharu di Thailand

BANGKOK 28 Jan. – Thailand merekodkan 756 kes baharu sepanjang tempoh 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara itu 16,221 dengan kematian kekal 76. Menurut Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan,  10 lagi adalah kes import. Daripada 756 kes baharu itu, 746 adalah jangkitan tempatan – 724 melalui pengesanan kes aktif  termasuk 710 pekerja migran dan 14 warga Thailand manakala 22 kes pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital. Penularan wabak terbaru di negara ini sejak pertengahan Disember merebak ke 63 wilayah. Bagaimanapun, 47 wilayah tiada kes baharu dalam…

Read More

9 kluster baharu, 372 aktif

KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, 28 Januari yang melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja, tiga kluster komuniti, dan satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi. Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 28 Januari 2021; • Jumlah kluster : 779 kluster; • Jumlah kluster baharu : 9 kluster; • Jumlah kluster yang telah tamat : 407 kluster (termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Putra 15, Kluster Batu Besar, dan Kluster Kupi-Kupi); • Jumlah kluster aktif : 372 kluster; • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 89 kluster; dan • Kluster-kluster dengan pertambahan…

Read More

Operasi perniagaan tutup 10 malam

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Kerajaan melanjutkan waktu operasi semua sektor atau aktiviti perniagaan yang dibenarkan sehingga pukul 10 malam bermula esok. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi menyelaraskan semula waktu operasi perniagaan membabitkan semua sektor yang diluluskan sebelum ini. Antaranya kedai runcit, farmasi, kedai keperluan harian, kedai makan, kedai dobi dan kedai cermin mata yang diumumkan sebelum ini. Katanya, ia juga secara tidak langsung memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan Task Force Operasi yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pada 22 Januari lalu, operasi semua jenis…

Read More

4 094 kes baharu

PUTRAJAYA 28 Jan. – Selepas empat hari berturut-turut merekodkan kes jangkitan kurang daripada 4,000, hari ini bilangan kes baharu Covid-19 mencecah 4,094 kes menjadikan jumlah kumulatif 198,208. Ketua Pengarah Kesihatan  Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan di sini hari ini berkata, sebanyak 43,192 adalah kes aktif dan 303 orang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan. Beliau berkata daripada kes baharu yang dicatat hari ini, 4,086 adalah kes tempatan dengan 3,328 warganegara dan 758 bukan warganegara, manakala lapan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan…

Read More

New Zealand terbaik urus Covid-19

NEW Zealand, Vietnam dan Taiwan disenaraikan sebagai negara-negara terbaik mengurus pandemik Covid-19 dengan meraih tiga tangga tertinggi dalam ranking Indeks Prestasi Covid oleh Lowy Institute. Malaysia menduduki tangga ke-16 dengan skor purata 71 peratus, tiga tangga di bawah negara jiran Singapura di kedudukan ke-13 dengan skor purata 74.9 peratus. Lain-lain negara yang merekodkan sepuluh tangga tertinggi dalam ranking tersebut termasuk Thailand, Cyprus, Rwanda, Iceland, Australia, Latvia dan Sri Lanka. Antara negara-negara tercorot dalam pengurusan pandemik termasuk Indonesia (tempat ke-85), Amerika Syarikat (ke-94) dan Brazil (ke-98). Secara keseluruhan, sebanyak 98 negara…

Read More

Solat di Perlis ikut kapasiti masjid

KANGAR 28 Jan. – Perlis membenarkan kehadiran jemaah solat fardu di masjid mengikut kapasiti maksimum masjid berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah perkara itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berikutan situasi semasa penularan Covid-19 di negeri itu semakin terkawal. “Bermula waktu subuh esok (29 Jan) hingga waktu isyak pada 4 Februari atau sehingga tempoh baharu yang mungkin dikeluarkan, masjid dibenarkan menerima kehadiran maksimum ahli jemaah dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid,” titah baginda dalam…

Read More

Remaja dapatkan khidmat peguam

SINGAPURA 28 Jan. – Remaja Singapura yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang untuk melakukan keganasan di dua buah masjid tempatan akan mendapat khidmat peguam dan dibicarakan untuk menjelaskan pendiriannya. Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam, berkata, remaja itu akan dibicarakan di bawah ISA dan seorang hakim akan ‘menilainya’. Menurut laporan media Singapura, sebagai menteri, Shanmugam juga akan menilainya dan walaupun di bawah umur, remaja itu boleh membawa bahaya. “Sehingga dia menjalani pemulihan, jika kita membiarkannya, dan jika dia melaksanakan apa yang ingin dilakukannya,…

Read More